
Artikel
KPN ADAKAN PERTEMUAN DENGAN KETUA POLIS BANDAR SHANGHAI, BINCANG KERJASAMA KESELAMATAN
Shanghai, 18 November 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan pertemuan dengan Timbalan Datuk Bandar merangkap Pengarah Biro Ke...
Shanghai, 18 November 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan pertemuan dengan Timbalan Datuk Bandar merangkap Pengarah Biro Keselamatan Awam (Ketua Polis) Shanghai, H.E Deputy General Commisioner Zhang Ya Hong di sini, tengah hari tadi.
Turut serta dalam pertemuan dua hala antara pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia dengan Biro Keselamatan Awam Shanghai tadi ialah Ketua Pengarah Pusat Pemerintahan Shanghai, Mr. Liu Guoqing dan Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ekonomi Shanghai, Mr. Hu Binyong.
Turut serta, Timbalan Komandan Maktab Kepolisan Shanghai, Mr. Xu Min, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Shanghai, Mr. He Wei dan Timbalan Pengarah Bahagian Antarabangsa Biro Keselamatan Awam Shanghai, Mr. Yang Jiong.
Seusai pertemuan tadi, Tan Sri Razarudin bersama delegasi turut diraikan dalam satu jamuan tengah hari di dalam daerah Minhang, di sini.
Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Roze Shaari, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy dan Superintenden Perhubungan Antarabangsa Bukit Aman, Superintenden Loh Pei Pei.