
Kuala Lumpur, 17 Januari 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, petang tadi.
Beliau kemudiannya diberi penghargaan Pasukan untuk memeriksa Kawalan Kehormatan daripada Pasukan Simpanan Persekutuan sebelum ke sesi bergambar dan menandatangani buku pelawat.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah barisan Ketua Urus Setia KPN, Bukit Aman dan para Pegawai Kanan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang, Lans Koperal Muhammad Izqhar Zainal Ibidin, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.


























