
Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Presiden Respa 20260112
Kuala Lumpur, 12 Januari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Pegawai...
Kuala Lumpur, 12 Januari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Kunjungan yang diketuai oleh Presiden RESPA, Dato’ Meor Chek Hussein Mahayuddin ini, bertujuan membincangkan beberapa agenda utama antaranya pelantikan KPN sebagai penaung RESPA, usaha memperkasakan kebajikan pesara polis serta meneliti perkembangan terkini Rang Undang-Undang Akta Pesara dan Bekas Polis di samping berkongsi maklumat mengenai aktiviti persatuan tersebut.
Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Gilberd Philip Layang, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman, SAC Alina Saad.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri




