Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Skmm

Published: 09 Jul 2025 8.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 9 Julai 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-pengerusi-skmm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:39 MYT
 
Kuala Lumpur, 9 Julai 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Kunjungan beliau bersama delegasi bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara PDRM dan SKMM khususnya dalam isu berkaitan keselamatan siber, jenayah dalam talian serta penyalahgunaan platform digital.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk kerjasama dalam pemantauan kandungan digital, penyebaran maklumat palsu serta usaha berterusan dalam meningkatkan literasi keselamatan siber dalam kalangan masyarakat.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 2 people, the Oval Office, dais and text

May be an image of 2 people, dais, newsroom and text

May be an image of 4 people, the Oval Office and text

May be an image of 7 people

May be an image of 2 people, dais and text
ArticlePublished 09 Jul 2025 8.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM