Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Perasmian Amm Ke 58

Diterbitkan: 09 Jul 2025 7.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 9 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat Berkaitan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-perasmian-amm-ke-58
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:43 MYT
Kuala Lumpur, 9 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat Berkaitan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Kehadiran Tan Sri Ayob Khan mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia dalam menyokong peranan Malaysia sebagai tuan rumah dan memperkukuh hubungan keselamatan serantau selaras dengan aspirasi ASEAN.

Dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan” di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025, AMM ke-58 dan Mesyuarat Berkaitan menyaksikan 24 mesyuarat peringkat menteri serta sesi perbincangan bersama Rakan Dialog ASEAN dan Sektoral.

Mesyuarat yang berlangsung selama empat hari bermula semalam sehingga 11 Julai menghimpunkan menteri-menteri luar dari negara ASEAN serta wakil rakan dialog bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan keselamatan, politik serantau dan kerjasama strategik dalam mendepani cabaran global.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof, Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hj. Hasan, barisan menteri luar ASEAN, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Usuf Jan Mohamad, Ketua Polis Daerah Dang Wangi , ACP Sulizme Affendy Sulaiman dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (Risikan/Operasi), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Superintenden Mohamad Musa Marsidi.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 7 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text that says 'MILIK PDRM L OR6L'

May be an image of 4 people

May be an image of 13 people, dais and text that says 'S8TH ASEAN-FOREIGO ASEAN FOREIGN MINISTERS' MEETING ΟΡΕΠΙΩ CEREMONY OFFICIATED BY DNPM TH




ArtikelDiterbitkan 09 Jul 2025 7.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM