
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Petronas
Kuala Lumpur, 30 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada delegasi Petroliam Nasional Berhad (PETRO...
Kuala Lumpur, 30 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada delegasi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang diketuai oleh Pengerusinya, Tan Sri Dato' Seri Mohd Bakke Salleh di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan mengukuhkan kerjasama dua hala yang sedia terjalin antara Polis Diraja Malaysia dengan PETRONAS selain mengeratkan hubungan strategik bagi kedua-dua belah pihak.
Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Yang Mulia Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz, Ketua Keselamatan Kumpulan PETRONAS, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Hishamudin Tahar, Timbalan PengarahPengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC Koh Seok Keng, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Abdul Rahman Atan.
Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri








