Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Ipcc Dan Pengarah Belanjawan Negara

Diterbitkan: 20 Mar 2024 5.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 20 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), Datuk Zolkopli Dahalan di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-pengerusi-ipcc-dan-pengarah-belanjawan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:50 MYT
 
Kuala Lumpur, 20 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), Datuk Zolkopli Dahalan di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, tadi.

Pertemuan empat mata itu bertujuan mengupas isu-isu semasa melibatkan PDRM dan IPCC di samping mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak.

Seusai itu, Tan Sri Razarudin turut berkesempatan menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Belanjawan Negara, Dato' Shahrol Anuwar Sarman bagi membincangkan hal-hal berkaitan fasiliti dan kuarters PDRM yang akan dibaik pulih.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan, Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset) JLog Bukit Aman, SAC Low Kim Piew, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato' Suparamaniam Ramasamy dan delegasi IPCC serta Belanjawan Negara.
 
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 7 people, dais, the Oval Office and text

May be an image of 6 people and text

ArtikelDiterbitkan 20 Mar 2024 5.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM