
Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Ipcc Dan Pengarah Belanjawan Negara
Kuala Lumpur, 20 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakel...
Kuala Lumpur, 20 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), Datuk Zolkopli Dahalan di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, tadi.
Seusai itu, Tan Sri Razarudin turut berkesempatan menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Belanjawan Negara, Dato' Shahrol Anuwar Sarman bagi membincangkan hal-hal berkaitan fasiliti dan kuarters PDRM yang akan dibaik pulih.
Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan, Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset) JLog Bukit Aman, SAC Low Kim Piew, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato' Suparamaniam Ramasamy dan delegasi IPCC serta Belanjawan Negara.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin





