Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengarah Eksekutif Sekretariat Aseanapol Dan Ketua Pengarah J Kom
Kuala Lumpur, 24 Mac 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima dua kunjungan hormat di Bilik Tetamu KPN,...
Kuala Lumpur, 24 Mac 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima dua kunjungan hormat di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pagi tadi.
Tan Sri Acryl Sani menerima kunjungan pertama daripada Brigadier General Zaw Lin Tun yang merupakan Ketua Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL baharu, menggantikan Deputy Assistant Commisioner Wee Aik Boon bagi penggal tahun 2023 hingga 2024.
Beliau seterusnya menerima kunjungan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dato' Dr. Zuraidi Ishak bagi membincangkan secara ringkas kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara Polis Diraja Malaysia dengan J-KOM.
Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ruslan Khalid, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan Perjawatan) Bukit Aman mewakili Pengarah Pengurusan, DCP Siti Mariam Salikin, Ketua Urusetia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah dan barisan pegawai kanan polis serta J-KOM.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin