Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengarah Eksekutif Sekretariat Aseanapol 20251203
Kuala Lumpur, 3 Disember 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Eks...
Kuala Lumpur, 3 Disember 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL, Police Colonel David Martinez Vinluan bersama delegasi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Pertemuan tersebut turut menyentuh beberapa perkara penting termasuk kekangan peralatan teknologi maklumat, kekangan sumber manusia, perkembangan jenayah rentas sempadan dan usaha memperkasa personaliti perundangan serta kedudukan institusi ASEANAPOL bersama sekretariatnya.
Kunjungan itu juga diadakan sebagai penghargaan Police Colonel David Martinez Vinluan terhadap sokongan berterusan PDRM sepanjang beliau memegang jawatan tersebut bagi penggal 2024–2025.
Dalam sesi sama, beliau turut memperkenalkan Pengarah Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL yang baharu, Police Colonel Jean Mary Manghanis dari Philippines National Police yang akan memulakan tugas bagi penggal seterusnya.
Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin





