
Artikel
KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI LPJ
Kuala Lumpur, 3 Disember 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga...
Kuala Lumpur, 3 Disember 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh pengerusinya, Tuan Nik Ahmad Marzuki Nik Mohamad di Bilik Tetamu KPN dekat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.
Lawatan tersebut bertujuan membincangkan pelbagai isu berkaitan pelaksanaan dasar dan operasi pencegahan jenayah serta mengadakan pertukaran pandangan selaras dengan keperluan penguatkuasaan.
Turut hadir, barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid




