
Kuala Lumpur, 4 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Kunjungan hormat tersebut merupakan pertemuan perpisahan Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi kepada pucuk pimpinan PDRM kerana beliau bakal meninggalkan tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setelah mencurahkan khidmat bakti selama 43 tahun.
Terdahulu, beliau telah diberi penghormatan untuk memeriksa kawalan kehormatan yang diketuai oleh DSP Zulfadhli Zulkefli dengan kekuatan tiga pegawai dan 102 anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan.
Hadir sama, barisan Ketua Urus Setia KPN, barisan Pegawai Kanan PDRM dan ATM.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery








