
Kpn Terima Kunjungan Hormat Panglima Tentera Udara
KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA TENTERA UDARA
Kuala Lumpur, 25 Februari 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menerima kehadiran Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Ackbal Hj. Abdul Samad TUDM dalam kunjungan hormat yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, sebentar tadi.
Tan Sri Ackbal menerima tabik hormat daripada detachment Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum melakukan pemeriksaan dengan diiringi oleh pegawai baris.
Ia merupakan kunjungan sulung Tan Sri Ackbal ke Bukit Aman sejak memegang jawatan sebagai PTU pada 2 Januari 2020.
Antara agenda yang dibincangkan termasuk kerjasama strategik berterusan antara kedua-dua pihak dalam isu keselamatan dan ketenteraman negara.
Hadir sama Timbalan PTU, Leftenan Jeneral Dato' Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, barisan Pengarah PDRM, para pegawai kanan polis dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Shazril Abd Rashid