
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar ini diabadikan semasa pegawai polis wanita membuat persembahan dalam Majlis "Guns and Roses" sempena Seminar Pegawai Kanan Polis Wanita di Maktab Polis Diraja Malaysia pada 8 Disember 2006.
Seminar tersebut bertujuan mengimbangi peranan dan tanggungjawab bagi memperkasakan polis wanita dalam Pasukan.
Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.
#ThrowBackPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#25022022