
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Panglima Tentera Darat
Kuala Lumpur, 9 Mac 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Dara...
Kuala Lumpur, 9 Mac 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain di Ibu Pejabat Polis (IPP) Bukit Aman di sini.
Kunjungan hormat tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN di aras 31, Menara 1 Bukit Aman dengan delegasi Angkatan Tentera Malaysia yang mengiringi PTD ialah Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mejar Jeneral Datuk Hamdan Hj. Ismail.
Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan, Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato’ Khaw Kok Chin, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan Timbalan Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud.
Terdahulu, Tan Sri Dato’ Seri Zamrose yang tiba di perkarangan IPP Bukit Aman kira-kira jam 10 pagi diberi sambutan kawalan kehormatan utama daripada Pasukan Simpanan Persekutuan sebelum diiringi oleh Tan Sri Acryl Sani bersama timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain untuk diperkenalkan dengan barisan pegawai kanan polis.
Seusai majlis menyambut ketibaannya di Lobi Menara 1, Tan Sri Dato’ Seri Zamrose juga dibawa menandatangi buku pelawat sebelum diiringi ke aturcara seterusnya.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin