
Kpn Terima Kunjungan Hormat Naib Canselor Ukm
Kuala Lumpur, 21 April 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dato' Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman di pejabatnya dekat Bukit Aman, pagi tadi.
Lawatan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama yang dijalinkan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selain membincangkan mengenai wad khas untuk pesakit dalam kalangan warga PDRM di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, UKM.
Hadir sama, Pro Naib Canselor UKM (Kampus Kuala Lumpur), Profesor Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Ketua Pentadbiran Pejabat Naib Canselor UKM, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Haji Sadak, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf dan CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan PDRM, CP Dato’ Zaini Jass.
Jurugambar: Konstabel Nurkhairunisa Ibrahim