Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Terima Kunjungan Hormat Menteri Penggalakan Eksport Perdagangan Antarabangsa Dan Pembangunan Ekonomi Kanada

Diterbitkan: 26 Mar 2024 7.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Subang, 26 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Penggalakan Eksport, Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Ekonomi Kanada, Mrs. Mary Ng di Pasukan Gerakan Udara (PGU), di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-menteri-penggalakan-eksport-perdagangan-antarabangsa-dan-pembangunan-ekonomi-kanada
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:42 MYT
 
Subang, 26 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Penggalakan Eksport, Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Ekonomi Kanada, Mrs. Mary Ng di Pasukan Gerakan Udara (PGU), di sini, pagi tadi.

Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi membincangkan mengenai hubungan dua hala berkenaan pembangunan teknologi dan logistik selain bertukar pandangan dalam hal melibatkan aset-aset yang digunakan Pasukan.

Selain itu, Tan Sri Razarudin berpeluang melihat sendiri kecanggihan teknologi Helikopter Bell 429 yang dibawa khas dari Kanada dalam perjumpaan tersebut.

Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, H.E Wayne Robson, Pengarah Urusan Bell Asia Pasific, Mr. Sameer Rehman, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din, Komander PGU, DCP Dato' Noor Sham Md Jani, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato' Pahlawan Suparamaniam Ramasamy dan Timbalan Komander (Kejuruteraan) PGU Bukit Aman, SAC Noryazid Abd Rahman.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 3 people and text that says 'POLIS DIRAJA MALAYSIA RAKAN UDAF SUKAN ©'

May be an image of 4 people, the Oval Office, dais and text

May be an image of 6 people, helicopter and text

May be an image of 13 people, helicopter and text

May be an image of 3 people, helicopter and text that says 'BELL42 d E'
ArtikelDiterbitkan 26 Mar 2024 7.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM