
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Seri Abdul Razak Jaafar di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Hadir sama, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang