
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Hoc The Greater Manchester Police Uk
Kuala Lumpur, 9 Mac 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menerima kunjungan hormat daripada Head of Custody (HOC), Criminal...
Kuala Lumpur, 9 Mac 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menerima kunjungan hormat daripada Head of Custody (HOC), Criminal Justice and Prevention, The Greater Manchester Police, United Kingdom, Chief Superintendent Emma Taylor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat tadi ialah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman yang memangku tugas Pengarah Jabatan Pengurusan,DCP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard) Bukit Aman, DCP Dato' Allaudeen Abdul Majid, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah serta Superintendan Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, Superintendan Loh Pey Pey.
Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri




