Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Republik Rakyat China Ke Malaysia

Published: 05 Aug 2022 7.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, H.E. Ouyang Yujing bersama Police Counsellor, Puan Yan Lingyun di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-duta-besar-republik-rakyat-china-ke-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:32 MYT
 
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, H.E. Ouyang Yujing bersama Police Counsellor, Puan Yan Lingyun di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Kunjungan tersebut merupakan perbincangan dua hala melibatkan kerjasama berterusan antara Polis Diraja Malaysia dengan Republik Rakyat China sekali gus mencari pendekatan terbaik dalam menangani isu hak asasi dan perlindungan di bawah undang-undang ke atas kedua-dua negara.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan, Pegawai Turus E3B, Cawangan Khas Bukit Aman, ACP Mohd Taufik Toh Abdullah, Pegawai Turus Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan dan Superintendan Perhubungan Antarabangsa, Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, Superintendan Loh Pey Pey.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 4 people, people sitting and indoor

May be an image of 2 people

May be an image of 7 people, people sitting, people standing, indoor and text that says 'PDRM'

May be an image of 7 people and people standing
ArticlePublished 05 Aug 2022 7.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM