
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Puspakom Sdn Bhd
Kuala Lumpur, 24 Disember 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat P...
Kuala Lumpur, 24 Disember 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mahmood Razak Bahman, di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Kunjungan tersebut bagi membincangkan kerjasama strategik, khususnya dari segi penambahbaikan proses kelulusan dan pemeriksaan kenderaan oleh Cawangan Khas serta Jabatan Jenayah Narkotik, termasuk pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh PUSPAKOM Sdn. Bhd.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Cawangan Khas, CP Datuk Zahib Hj. Sabari, Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Mohd Zaini Che Din dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim.
Jurugambar: Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim




