
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Mcpf
Kuala Lumpur, 20 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasa...
Kuala Lumpur, 20 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang diketuai Naib Pengerusi Kanan, Dato’ Sri Wira Ayub Hj. Yaakob di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.
Hadir sama, Pengerusi MCPF Terengganu, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Merican, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Aidi Ismail, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Ketua Penolong Pengarah (Kepolisan Komuniti), JPJKK Bukit Aman merangkap Setiausaha Kehormat MCPF, SAC Baharudin Mustapha, Pegawai Turus Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan dan Pengurus Korporat MCPF, Encik Norazlan Hj. Idris.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid