Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Dua Berlakon Cosplay Dengan Bawa Senjata Tiruan Ditahan

Diterbitkan: 20 Sep 2022 3.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 20 September 2022 - Melakonkan watak kartun anime “Cosplay” dengan membawa senjata api dan bom tangan tiruan di sebuah pusat beli-belah, Damansara Jaya di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-berlakon-cosplay-dengan-bawa-senjata-tiruan-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:37 MYT
Petaling Jaya, 20 September 2022 - Melakonkan watak kartun anime “Cosplay” dengan membawa senjata api dan bom tangan tiruan di sebuah pusat beli-belah, Damansara Jaya di sini.

Tindakan dua lelaki warga tempatan masing-masing berumur 15 dan 24 tahun bagaimanapun mengundang padah apabila ditahan polis jam 4.30 petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya yang menerima maklumat awam bertindak melakukan siasatan di perkarangan pusat beli-belah berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan ke atas suspek menemui satu laras senjata jenis M4, sepucuk pistol Glock dan dua butir bom tangan yang kesemuanya tiruan.

Beliau berkata kedua-dua suspek tidak memiliki sebarang rekod kesalahan lampau.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

“Kedua-dua mereka direman selama tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya dalam satu kenyataan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#20092022
May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 20 Sep 2022 3.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM