
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Knpc
Kuala Lumpur, 6 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada delegasi Korean National Police Commi...
Kuala Lumpur, 6 September 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada delegasi Korean National Police Commission (KNPC) yang diketuai oleh Standing Commissioner of KNPC, Park Kyung-min di Bilik Tetamu KPN, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala di antara Polis Diraja Malaysia dan KNPC selain membincangkan isu-isu kepolisan kedua-dua buah negara.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Bukit Aman, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan Ketua Perhubungan Antarabangsa, Urus Setia KPN, SAC Suparamaniam Ramasamy.
Jurugambar: Sarjan Syir Aslam Syir Khan Fairuz Khan