Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Isu Tular Budak Dua Tahun Cedera Didera Pengasuh Taska

Diterbitkan: 06 Sep 2023 4.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 September 2023 – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mengalami kecederaan pada dahi, kedua-dua belah pipi dan calar di tangan selepas didera pengasuh wanita di sebuah pusat jagaan kanak-Kanak, Bandar Seri Permaisuri Cheras, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-budak-dua-tahun-cedera-didera-pengasuh-taska
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT
Kuala Lumpur, 6 September 2023 – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mengalami kecederaan pada dahi, kedua-dua belah pipi dan calar di tangan selepas didera pengasuh wanita di sebuah pusat jagaan kanak-Kanak, Bandar Seri Permaisuri Cheras, di sini.

Dua klip video berdurasi satu minit dan 56 saat tular di laman Facebook dan berjaya dikesan oleh pihak polis kira-kira pukul 9.39 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaludin berkata, hasil siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak terbabit telah membuat satu laporan polis berkenaan kejadian penderaan tersebut pada pukul 11.28 pagi, semalam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah membuat tangkapan ke atas suspek seorang wanita tempatan berusia 28 tahun pada pukul 1 tengah hari semalam.

“Suspek telah serah diri dan ditahan 24 jam sebelum diberi jaminan polis manakala kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.kosmo.com.my/.../budak-2-tahun-cedera-didera.../

Sumber: Kosmo

 


ArtikelDiterbitkan 06 Sep 2023 4.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM