
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Kedutaan Besar Kerajaan Bahrain
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada ‘Charge D’Affaires’, Kedutaan Besar Keraj...
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada ‘Charge D’Affaires’, Kedutaan Besar Kerajaan Bahrain, Mr. Rashad Farooq Mohamed Saleh Alshaikh di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, pagi tadi.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan II, Bukit Aman, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Ketua Perhubungan Antarabangsa, Urus Setia KPN, SAC Suparamaniam Ramasamy, Setiausaha Pentadbiran Kedutaan, Mr. Ahmad Faiz Abdul Halim dan Setiausaha Ketiga Kedutaan, Mrs. Nouf Mohamed Alqaed.
Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.








