
Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Akm
Kuala Lumpur, 25 Februari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Akademi...
Kuala Lumpur, 25 Februari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang diketuai oleh Ketua Pengarah AKM, Dato' Dr. Roslan Hussin di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Kunjungan tersebut bagi memperkenalkan AKM termasuk fungsi teras dan program latihan yang ditawarkan.
Kunjungan itu turut menjadi platform memperkukuh kolaboratif strategik antara AKM dan Polis Diraja Malaysia, selain pembentangan perancangan program AKM sepanjang tahun yang merangkumi hala tuju, inisiatif baharu serta sasaran pembangunan kapasiti.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan dan Ketua Penolong Pengarah (Kepolisan Komuniti) JPJKK Bukit Aman, SAC Rahimi Ra'ais.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid




