Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Syarikat Ytl Construction

Diterbitkan: 25 Feb 2026 6.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jurugambar: PDRM RMP TV
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-hormat-delegasi-syarikat-ytl-construction
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:37 MYT
Kuala Lumpur, 25 Februari 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Syarikat YTL Construction yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato' Sri Azmi Abdul Aziz di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Kunjungan itu bagi memaklumkan perkembangan semasa Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru, Johor, termasuk isu berkaitan keselamatan seperti kes kecurian kabel serta pencerobohan kawasan oleh haiwan ternakan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim dan Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Hj. Zakaria Ismail.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of dais and text
May be an image of one or more people and text
May be an image of one or more people and text that says 'IK PDRM'
May be an image of newsroom and text
May be an image of one or more people and text
May be an image of text
May be an image of one or more people and text
ArtikelDiterbitkan 25 Feb 2026 6.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM