Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Wakil Polis Persekutuan Australia
Kuala Lumpur, 10 Julai 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada wakil Polis Persekutuan Australia (AFP), Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur, Detektif Superintendan Kate Ferry di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Antara intipati perbincangan adalah menyentuh mengenai kolaborasi PDRM dan AFP dalam meneroka kaedah terkini bagi memerangi jenayah transnasional.
Turut hadir ialah Ejen AFP, Mr. Daniel Burnicle, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf dan Ketua Perhubungan Antarabangsa, SAC Tuan Rajagopal Ramadhass.
Sekitar kunjungan hormat wakil Polis Persekutuan Australia (AFP) ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador sebentar tadi.

Sekitar kunjungan hormat wakil Polis Persekutuan Australia (AFP) ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador, sebentar tadi.

Sesi penyampaian cenderahati daripada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador kepada wakil Polis Persekutuan Australia (AFP), Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur, Detektif Superintendan Kate Ferry.

Sesi penyampaian cenderahati daripada wakil Polis Persekutuan Australia (AFP), Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur, Detektif Superintendan Kate Ferry kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Sesi menandatangani buku pelawat.

Sesi bergambar kenangan.