
Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Anggota Polis Patah Rusuk Dirempuh Lori Ketika Sedang Bertugas
Tanjung Malim, 10 Julai 2020 - Seorang anggota polis yang sedang menjalankan pemeriksaan kenderaan mengalami patah tulang rusuk kiri selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 383.3 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) berhampiran Slim River di sini, awal pagi semalam.
Kejadian sekitar jam 2 pagi itu berlaku ketika anggota berusia 34 tahun yang bertugas sebagai peronda lebuh raya berkenaan menahan sebuah lori bagi tujuan pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendi Sulaiman berkata, ketika anggota menghampiri pemandu lori itu, datang sebuah lagi lori yang hilang kawalan dari arah sama lalu melanggar belakang kenderaan berkenaan.
"Keadaan tersebut menyebabkan kedua-dua kenderaan bergerak ke hadapan hampir 16 meter dan anggota serta pemandu lori terseret ke tiang lampu di bahu jalan," katanya.
Menurutnya, pemandu lori terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anggota peronda telah dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan selanjutnya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.
Sumber: Sinar Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN