Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Pesuruhjaya Polis Brunei
Kuala Lumpur, 26 Ogos 2019 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Diraj...
Kuala Lumpur, 26 Ogos 2019 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan Haji Hambali dan Duta Republik Yemen, H.E. Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Ketibaan Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan pada jam 2.30 petang tadi telah disambut dengan pasukan kawalan kehormatan Pasukan Simpanan Persekutuan di perkarangan Menara 1, Bukit Aman.
Dato' Seri Abdul Hamid dan Dato' Paduka Seri Haji Muhammad Irwan kemudiannya meluangkan masa hampir satu jam bagi membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan kedua-dua negara di Bilik Mesyuarat KPN.
Terdahulu di sebelah pagi, Dato’ Seri Abdul Hamid turut meluangkan masa menerima kunjungan hormat daripada Dr. Adel bagi membincangkan isu-isu semasa selain memperkasakan lagi hubungan kerjasama di antara Malaysia dan Yemen.
Hadir sama, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya dan pegawai kanan PDRM.

Sekitar pemeriksaan baris oleh Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan Haji Hambali.

Ketibaan sekitar pemeriksaan baris oleh Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan Haji Hambali disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Bergambar kenangan.
Kawalan kehormatan mengambil tempat.
Sekitar kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan Haji Hambali di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan Haji Hambali menandatangani buku pelawat.
Bergambar kenangan.
Sekitar kunjungan hormat daripada Duta Republik Yemen, H.E. Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Duta Republik Yemen, H.E. Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid menandatangani buku pelawat.
Bergambar kenangan.