
Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Ketua Pegawai Eksekutif Lhdn Dan Gabenor Kelab Rotary Malaysia
Kuala Lumpur, 5 Januari 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Datuk Mohd Nizom Sairi, di Bilik Tetamu KPN, hari ini.
Kunjungan tersebut bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dan LHDN.
Terdahulu, pada sebelah pagi, KPN turut menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Kelab Rotary Malaysia, Dato’ Baljit Kaur Virik (Bindi Rajasegaran).
Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Tuan Hj. Azmi Adam.
Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan