
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Ketua Eksekutif Ptptn
Kuala Lumpur, 10 September 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Ekse...
Kuala Lumpur, 10 September 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.
Perjumpaan yang berlangsung hampir 45 minit itu bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan, sekaligus mengeratkan kerjasama antara kedua-dua agensi.
Hadir sama Pengarah Pengurusan, Dato’ Ramli Haji Din dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Tuan Ruslan Khalid.
Sesi bergambar kenangan.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sekitar kunjungan hormat daripada Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sekitar kunjungan hormat daripada Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.