
Artikel
KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI SPRM
Kuala Lumpur, 21 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjay...
Kuala Lumpur, 21 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Dato' Sri Hj. Azam Baki di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.
Kunjungan hormat ini menjadi platform untuk kedua-dua agensi berkongsi pandangan serta pendapat dalam usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik khususnya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang antara PDRM dan SPRM.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar