Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Unit Mpv Polis Tonggak Barisan Hadapan Pengarah Jsjk

Diterbitkan: 21 Jul 2025 8.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 21 Julai 2025 - Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Polis Diraja Malaysia diakui antara tonggak barisan hadapan dalam rondaan, selain memainkan peranan penting dalam tugas pemantauan dan tindakan segera terhadap laporan orang awam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-unit-mpv-polis-tonggak-barisan-hadapan-pengarah-jsjk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:45 MYT
Kuala Lumpur, 21 Julai 2025 - Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Polis Diraja Malaysia diakui antara tonggak barisan hadapan dalam rondaan, selain memainkan peranan penting dalam tugas pemantauan dan tindakan segera terhadap laporan orang awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata kepentingan itu terbukti dengan statistik membabitkan laporan dan tangkapan yang dilakukan unit berkenaan.

Memberi contoh Unit MPV di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, katanya sepanjang tahun lalu sahaja, sejumlah 1,127 laporan polis dan 1,155 tangkapan dilakukan oleh unit berkenaan, meningkat berbanding 913 laporan dan 934 tangkapan pada tahun sebelumnya.

"Unit MPV IPD Sentul juga mencatatkan beberapa kejayaan antaranya tangkapan melibatkan kegiatan curi kabel, jenayah, pengedaran dadah, kecurian kenderaan serta penganjuran program dan aktiviti bersama dengan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pangkalan Cawangan MPV IPD Sentul di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut; https://www.bharian.com.my/.../unit-mpv-polis-tonggak...

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Unit Mpv Polis Tonggak Barisan Hadapan Pengarah Jsjk


ArtikelDiterbitkan 21 Jul 2025 8.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM