
Article
Kpn Terima Kunjungan Hormat Dari Lembaga Pengarah Roadcare M Sdn Bhd Dan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad
Kuala Lumpur, 14 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menerima kunjungan hormat dari Roadcare (M) Sdn. Bhd. dan Kope...
Kuala Lumpur, 14 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menerima kunjungan hormat dari Roadcare (M) Sdn. Bhd. dan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Delegasi tersebut diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Roadcare (M) Sdn. Bhd., Dato’ Sri Ir. Chong Ket bersama Dato’ Ir. Kenny Chong Ther Nen.
Sesi kunjungan hormat yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu bertujuan mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak serta membincangkan pelbagai isu semasa melibatkan keselamatan organisasi di samping bertukar pandangan.
Hadir sama, Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam merangkap Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) Berhad, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato' Ts. Azizee Ismail, Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad, Dato’ Mohd Banuri Aris dan Setiausaha Koperasi KPDRM Berhad, Tuan Mazelan Paijan.
Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim dan Konstabel Nur Sabrina Ghazali