Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengarah Jpjkk Terima Kunjungan Hormat Presiden Klta Di Bukit Aman

Diterbitkan: 14 Feb 2025 9.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 14 Februari 2025 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur (KLTA), Syed Azhar Syed Nadzir bertempat di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-jpjkk-terima-kunjungan-hormat-presiden-klta-di-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:53 MYT
 
Kuala Lumpur, 14 Februari 2025 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur (KLTA), Syed Azhar Syed Nadzir bertempat di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan kerjasama antara PDRM dan industri pelancongan dalam menyebar luaskan maklumat serta mempromosikan langkah-langkah keselamatan kepada para pelancong.

Selain itu, KLTA juga merancang inisiatif bagi memperkukuh aspek keselamatan dalam industri pelancongan sebagai persediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud dan Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah.

Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim dan Konstabel Nur Sabrina Ghazali
 

May be an image of 2 people, the Oval Office, dais and text   May be an image of 4 people, the Oval Office, dais and text   May be an image of 1 person, the Oval Office and text   May be an image of 6 people and text   May be an image of 2 people and text that says 'BUKIT BUKITAMAN AMAN ተራዊ KLTA আক ..' 

ArtikelDiterbitkan 14 Feb 2025 9.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM