Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Terima Anugerah The Most Eminent Brand Icon Leadership Award

Published: 07 Nov 2014 8.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 7 Nov – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Kalid bin Abu Bakar, telah terpilih untuk memenangi anugerah ‘The Most Eminent Brand ICON Leadership Award 2014’ bagi kategori ‘The Visionary Icon’ dalam majlis The Brandlaureate Awards yang diadakan di hotel J.W Marriot, malam semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-anugerah-the-most-eminent-brand-icon-leadership-award
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:02 MYT
Kuala Lumpur, 7 Nov – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Kalid bin Abu Bakar, telah terpilih untuk memenangi anugerah ‘The Most Eminent Brand ICON Leadership Award 2014’ bagi kategori ‘The Visionary Icon’ dalam majlis The Brandlaureate Awards yang diadakan di hotel J.W Marriot, malam semalam.

Brandlaureate Brand ICON Leadership Award adalah satu pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada tokoh kepimpinan yang dipilih mengkut kriteria yang ditetapkan. 

Anugerah ini disampaikan kepada organisasi, produk terpilih, dan terutama sekali kepada seseorang tokoh. 

Selain itu, beberapa faktor turut diambil kira antaranya dari segi kebijaksanaan, kesungguhan, dan keterampilan sebagai seorang pemimpin yang terulung dalam memacu sesebuah organisasi ke arah yang lebih baik.

Anugerah diterima Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Mohamad Fuzi bin Harun yang mewakili Ketua Polis Negara yang berada di luar negara kerana menghadiri persidangan Interpols di MONACO 2014.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior DCP Dato’ Zubaidah Md. Ismail serta beberapa orang pegawai kanan PDRM.

Kpn Terima Anugerah The Most Eminent Brand Icon Leadership AwardKpn Terima Anugerah The Most Eminent Brand Icon Leadership Award
Kpn Terima Anugerah The Most Eminent Brand Icon Leadership Award
Antara Pegawai Kanan PDRM yang hadir.

Kpn Terima Anugerah The Most Eminent Brand Icon Leadership Award
Dato’ Sri Mohamad Fuzi mewakili Ketua Polis Negara menerima anugerah tersebut.
ArticlePublished 07 Nov 2014 8.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM