Artikel
Kpn Terima Anugerah Berprestij Truth In Action Daripada W A D
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima anugerah antarabangsa berprestij, "Truth in Action Award" daripada World A...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima anugerah antarabangsa berprestij, "Truth in Action Award" daripada World Association of Detective (W.A.D) bertempat di pejabatnya, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh mantan Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif W.A.D., Puan Siti Subaidah Mustaffa sebagai pengiktirafan atas pencapaian cemerlang Tan Sri Razarudin dalam memperkukuhkan prinsip asas integriti, tadbir urus, profesionalisme dan sekali gus mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin
