Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Tan Sri Razarudin Tunai Solat Jumaat Bersama Warga Pdrm Di Surau Al Majid

Published: 25 Aug 2023 9.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Melaka Tengah, 25 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berkesempatan menunaikan solat fardhu Jumaat bersama warga Pasukan di Surau Al-Majid dekat Perumahan Polis Seri Temenggong, Bukit Beruang, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tan-sri-razarudin-tunai-solat-jumaat-bersama-warga-pdrm-di-surau-al-majid
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:19 MYT
Melaka Tengah, 25 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berkesempatan menunaikan solat fardhu Jumaat bersama warga Pasukan di Surau Al-Majid dekat Perumahan Polis Seri Temenggong, Bukit Beruang, di sini.

Beliau tiba di perkarangan masjid kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan disambut oleh pihak pengurusan masjid dan kariah setempat.

Tan Sri Razarudin kemudiannya bersama jemaah yang hadir mendengar khutbah bertajuk 'Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan' yang disampaikan oleh khatib merangkap imam solat fardhu Jumaat, Inspektor Siasatan/Kajian Kes, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Inspektor Mohd Nur Fikry Sukor.

Seusai itu, Tan Sri Razarudin yang diiringi Ketua Polis Melaka, DCP Dato' Hj. Zainol Hj. Samah telah meluangkan masa menyantuni para kariah yang tidak melepaskan peluang melihat dengan lebih dekat pemimpin nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Sapii Ahmad dan Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Md Nazri Zawawi.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.
 
 
ArticlePublished 25 Aug 2023 9.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM