
Artikel
Kpn Sampaikan Amanat Kepada Kepimpinan Polis Melaka
Melaka Tengah, 25 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berbesar hati menyampaikan amanat kepada barisan kepimpinan Polis...
Melaka Tengah, 25 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berbesar hati menyampaikan amanat kepada barisan kepimpinan Polis Melaka, di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, di sini, petang tadi.
Antara amanat yang dititipkan beliau ialah menyeru agar semua warga kontinjen dapat terus meningkatkan nilai integriti dengan tidak sesekali berkompromi dalam hal salah laku tugas.
Beliau turut menyampaikan pesan supaya warga Polis Melaka sentiasa menerapkan nilai-nilai positif dan harmoni sewaktu bertugas agar setiap tugasan yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan penuh efisien serta produktif.
Beliau turut mengambil kesempatan tadi dengan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warga Pasukan yang sengaja menyalahgunakan media sosial untuk membuat perkara-perkara yang menyalahi peraturan mahupun undang-undang.
Terdahulu, ketibaan Tan Sri Razarudin di perkarangan IPK Melaka telah disambut oleh Ketua Polis negeri, DCP Dato' Hj. Zainol Hj. Samah sebelum dibawa untuk menandatangani buku melawat.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Md Nazri Zawawi, barisan ketua jabatan IPK Melaka, ketua Formasi, ketua polis daerah dan ketua polis balai Kontinjen Melaka.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.