Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Tan Sri Razarudin Tinjau Keadaan Bangunan Pos Nibong Kegunaan Pga

Published: 27 Aug 2023 1.40 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tumpat, 27 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi meninjau keadaan semasa bangunan Pos Nibong Pasukan Gerakan Am (PGA) sebelum proses kerja-kerja meroboh dan pembersihan kawasan bagi pembinaan semula pos baharu bermula, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tan-sri-razarudin-tinjau-keadaan-bangunan-pos-nibong-kegunaan-pga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:38 MYT
Tumpat, 27 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi meninjau keadaan semasa bangunan Pos Nibong Pasukan Gerakan Am (PGA) sebelum proses kerja-kerja meroboh dan pembersihan kawasan bagi pembinaan semula pos baharu bermula, di sini.

Tan Sri Razarudin yang tiba di lokasi kira-kira jam 4.15 petang tadi telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Mohd Ali Tamby.

Beliau turut dibawa ke sekitar lokasi bangunan sambil ditaklimatkan mengenai projek pembinaan pos baharu oleh Komander Briged Tenggara PGA, SAC Sheik Azhar Sheik Omar.
Tan Sri Razarudin dilihat meninggalkan lokasi kira-kira jam 4.30 petang sebelum meneruskan lawatannya ke Pos Ular PGA yang terletak kira-kira enam kilometer dari Pos Nibong PGA.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin turut dibawa meninjau sekitar Pengkalan Haram Nibong dan meninjau kawasan Sungai Golok yang terletak di sempadan Malaysia dengan negara Thailand.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan KDNKA, Bukit Aman, CP Dato' Hishamudin Tahar, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, SAC Mohd Said Ibrahim, Ketua Polis Daerah Tumpat, ACP Amran Dolah dan barisan Pegawai Kanan PDRM.

ArticlePublished 27 Aug 2023 1.40 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM