Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Tan Sri Razarudin Ahli Tetap Lembaga Pengurus Tawp

Published: 04 Oct 2023 7.44 AM Updated: 15 Aug 2026 6.32 PM
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2023 - Lembaga Pengurus Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) melantik Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain sebagai Ahli Tetap berkuatkuasa hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tan-sri-razarudin-ahli-tetap-lembaga-pengurus-tawp
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:47 MYT

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2023 - Lembaga Pengurus Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) melantik Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain sebagai Ahli Tetap berkuatkuasa hari ini.

Penyerahan surat lantikan kepada Tan Sri Razarudin disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah selaku Pengerusi Lembaga Pengurus TAWP di Bukit Aman pagi tadi.

Dua Ahli Tetap lain yang dilantik turut menerima surat lantikan iaitu Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi yang diwakili oleh Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman dan Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim.

TAWP yang ditubuhkan melalui Suratcara Amanah pada 14 September 1992 bertujuan membantu hal-hal kebajikan pegawai dan anggota polis yang telah bersara termasuk tanggungan mereka. Antara bantuan yang dihulurkan TAWP termasuklah khairat kematian, perubatan, pendidikan dan bencana alam.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin bersama timbalannya, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurus TAWP yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar dekat Bilik Mesyuarat KPN di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.

Antara input yang dibincangkan ialah pembentangan laporan dan penyata kewangan, pengesahan minit mesyuarat lepas serta beberapa perkara berbangkit yang memerlukan tindakan Ahli Lembaga.

Yang turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Gilberd Philip Layang dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara) merangkap Setiausaha TAWP, SAC Zailanni Amit.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.

May be an image of 2 people and text

May be an image of 10 people and text that says 'IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN d12'

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 4 people, dais, newsroom and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people, dais and text that says 'AT ALAY N O'

May be an image of 2 people, newsroom and text

May be an image of 14 people and text


ArticlePublished 04 Oct 2023 7.44 AMUpdated 15 Aug 2026 6.32 PM