Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perolehan Aset Baharu Perkasa Kesiapsiagaan Operatif Selam Utk

Diterbitkan: 04 Oct 2023 10.19 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.32 PM
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2023 - Perolehan aset baharu berteknologi tinggi dilihat boleh memperkasa kesiapsiagaan dan pengurusan latihan Operatif Unit Tindakhas (UTK) dalam berkebolehupayaan selam tempur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perolehan-aset-baharu-perkasa-kesiapsiagaan-operatif-selam-utk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:18 MYT
 
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2023 - Perolehan aset baharu berteknologi tinggi dilihat boleh memperkasa kesiapsiagaan dan pengurusan latihan Operatif Unit Tindakhas (UTK) dalam berkebolehupayaan selam tempur.

Aset Mobile Hyperbaric Chamber yang diperolehi berfungsi membantu proses pemulihan dan memberi rawatan pantas pada sebilangan masa di kawasan latihan serta operasi, sekiranya operatif UTK yang terlibat dalam aktiviti selaman air secara taktikal mengalami keracunan karbon monoksida serta dekompresi.

Antara agensi keselamatan lain dari dalam dan luar negara yang turut menggunakannya adalah Angkatan Tentera Malaysia serta Republic of Singapore Navy.
Sebagai persediaan, seramai 20 operatif Selam Tempur UTK telah dihantar mengikuti kursus pengendalian aset berkenaan selama sebulan pada November tahun lalu dekat Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terdahulu, tertib acara perasmian tadi mencuri perhatian tetamu yang hadir apabila operatif-operatif UTK dilihat mengawal keselamatan di Lobi Menara 1, Bukit Aman untuk mengiringi Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menggunakan motosikal berkuasa tinggi ke kenderaan pengangkut aset berkenaan. Gimik tersebut turut disaksikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali dengan diiringi Komander UTK, SAC Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.

Selain melihat dengan lebih dekat aset tersebut, Tan Sri Razarudin turut ditaklimatkan mengenai kebolehfungsian dan pengendaliannya oleh Pemangku Ketua Unit Selam Tempur UTK, ASP Sahripul Azhar Abd Rahman.

Hadir sama, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM serta para Pegawai Kanan PDRM.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan Lans Koperal Muhammad Izqhar Zainal Ibidin, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli.

May be an image of 13 people and text

May be an image of 6 people and text that says 'RAZARUDIN'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people, motorcycle, scooter, road and text

ArtikelDiterbitkan 04 Oct 2023 10.19 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.32 PM