Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Sumbang Rm5 000 Kepada Tabung Tawp

Diterbitkan: 18 Jun 2025 2.06 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.58 PM
Kuala Lumpur, 18 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sumbang-rm5-000-kepada-tabung-tawp
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:38 MYT
Kuala Lumpur, 18 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP).

Sumbangan berbentuk “mock cheque” itu diserahkan kepada Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid yang juga Ahli Tetap TAWP, dalam satu majlis ringkas di pejabat beliau di sini.

Sumbangan tersebut merupakan hasil daripada perintah mahkamah terhadap defendan, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.
Ia merupakan sumbangan kedua Tan Sri Razarudin kepada TAWP selepas menyumbangkan RM10,000 pada 24 Februari lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM15,000.

Menurut Tan Sri Razarudin, sumbangan ini adalah tanda sokongan beliau terhadap usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh TAWP dalam membantu kebajikan pegawai, anggota dan anak-anak polis yang memerlukan.

Beliau menegaskan bahawa dana seperti itu amat penting dalam meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan, terutamanya dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara) Bukit Aman, SAC Alina Sa’ad.

Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2025 2.06 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.58 PM