Kpn Sertai 3rd Ksn Shooting Championsip 2021
Cheras, 10 Oktober 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, telah menyertai pertandingan menembak di Lapang Sasar Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, bersempena 3rd KSN Shooting Championship (KSC) 2021, di sini, pagi tadi.
Program anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut disertai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, merangkap Yang Dipertua MAKSAK Malaysia.
Antara acara yang dipertandingkan ialah ketepatan individu 10 meter, tembak pantas individu 10 meter dan jatuhan piring berkumpulan 15 meter.
Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Timbalan Yang Dipertua MAKSAK, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, Pengarah Jabatan Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass, Ketua-ketua Jabatan serta para pegawai kanan jabatan kerajaan dan PDRM.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Mohd Shazril Abd Rashid.

















































