
Artikel
Kpn Sempurnakan Penyerahan 3 600 Bungkusan Kuih Raya Buat Warga Pdrm
Kuala Lumpur, 12 Mac 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menyempurnakan penyerahan sebanyak 3,600 bungkusan kuih ray...
Kuala Lumpur, 12 Mac 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menyempurnakan penyerahan sebanyak 3,600 bungkusan kuih raya kepada warga Pasukan yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid.
Sumbangan tersebut disalurkan melalui peruntukan Tabung Kebajikan PDRM dan Kelab Kebajikan dan Sosial PDRM sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen warga Pasukan yang terus berkhidmat tanpa mengira masa, termasuk sepanjang musim perayaan.
Dalam ucapannya, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid berharap agar penyerahan bungkusan kuih raya ini dapat menyuntik semangat serta meningkatkan motivasi para petugas yang setia menjalankan tanggungjawab di lapangan sepanjang musim perayaan ini.
Simbolik majlis menyaksikan Dato' Sri Hj. Mohd Khalid menyerahkan bungkusan kuih raya kepada barisan Pengarah sebelum diagihkan kepada para petugas di jabatan masing-masing.
Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah PDRM, para pegawai kanan dan pegawai rendah polis.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan




