Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Sempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Kgt Pdrm Kali Ke 38

Published: 07 Oct 2025 8.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 Oktober 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail selaku Presiden Kelab Golf Titiwangsa (KGT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KGT PDRM kali ke-38 yang berlangsung di Dewan Tun Hanif, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sempurnakan-mesyuarat-agung-tahunan-kgt-pdrm-kali-ke-38
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:17 MYT
Kuala Lumpur, 7 Oktober 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail selaku Presiden Kelab Golf Titiwangsa (KGT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KGT PDRM kali ke-38 yang berlangsung di Dewan Tun Hanif, di sini, pagi tadi.

Ketibaan beliau sekitar jam 10.00 pagi disambut oleh Pengarah Pengurusan merangkap Naib Presiden (Ex-Officio) KGT PDRM, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik merangkap Naib Presiden (Eksekutif) KGT PDRM, CP Dato’ Hussein Omar Khan.

Dalam ucapan perasmian, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menyeru semua ahli agar memanfaatkan mesyuarat tersebut sebagai platform diskusi untuk merangka hala tuju strategik dan membawa kemajuan berterusan kepada kelab.

“Sidang mesyuarat ini merupakan peluang untuk kita meneliti kembali perancangan dan tindakan bagi tahun 2025. Ia bukan sekadar meraikan kejayaan, sebaliknya penting untuk penambahbaikan serta pengukuhan demi masa depan KGT PDRM yang kita kasihi,” ujar beliau.

Sebagai simbolik komitmen KGT PDRM terhadap pemeliharaan alam sekitar, beliau turut menyempurnakan acara gimik penanaman pokok, selaras dengan semangat sukan golf yang sinonim dengan kehijauan dan kelestarian alam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merangkap Kapten KGT PDRM, DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, SAC Abdul Rahman Kassim, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris, barisan pegawai kanan polis serta Ahli Jawatankuasa KGT PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin & Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of 11 people and text

May be an image of 4 people, dais and text that says 'PORM T AGUNG TAHUNAN LF TITIWANATAPDRM PDRM TITIWAN 3-38 OKTOBEP 5 / SEL NOF OLF TOTE •nфa SA PD a

May be an image of 6 people, segway and chess

May be an image of 1 person and text

May be an image of 5 people, dais and text
ArticlePublished 07 Oct 2025 8.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM