
Artikel
Polis Ipd Kota Setar Bantu Mangsa Banjir Ke Pps
Sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bersama agensi penyelamat lain turun padang membantu penduduk yang terjejas akibat banj...
Sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bersama agensi penyelamat lain turun padang membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di beberapa buah kampung di daerah berkenaan.
Mangsa yang terlibat telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Langgar bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terjamin.
Tugas dan tanggungjawab tidak pernah terhenti, Polis Diraja Malaysia sentiasa hadir membantu masyarakat yang dilanda musibah demi keselamatan serta kesejahteraan semua.
Sumber: Polis Kota Setar