Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Sempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Polis Bandar Sultan Suleiman

Diterbitkan: 04 Mar 2024 12.05 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Klang, 4 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Polis Diraja Malaysia Bandar Sultan Suleiman, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sempurnakan-majlis-penyerahan-kunci-perumahan-polis-bandar-sultan-suleiman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:29 MYT
Klang, 4 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Polis Diraja Malaysia Bandar Sultan Suleiman, di sini.

Majlis yang bermula dengan ketibaan Tan Sri Razarudin sekitar jam 3 petang di perkarangan Balai Polis Bandar Sultan Suleiman telah disambut oleh Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abdul Manan dan diiringi oleh Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan.

Dalam majlis ringkas yang diadakan, Tan Sri Razarudin telah menyampaikan replika kunci kepada 10 penerima sebelum dibawa melawat ke rumah contoh bagi melihat sendiri keadaan perumahan yang telah dibaik pulih.

Projek membaikpulih perumahan tersebut menelan belanja sebanyak RM1.9 juta melalui peruntukan Madani Kementerian Dalam Negeri Tahun 2023 dengan penambahbaikan infrastruktur baharu yang berkonsepkan pembesaran ruang kediaman dua unit rumah kepada satu unit bagi memberi keselesaan kondusif serta kemudahan untuk penghuninya.

Seusai itu, Tan Sri Razarudin turut berkesempatan melawat stor barang kes selain menyantuni para petugas Balai Polis Bandar Sultan Suleiman.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Bukit Aman, DCP Dato’ Pahlawan Anuar Othman mewakili Pengarah Pengurusan, Timbalan KP Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Selangor dan barisan Ketua Polis Daerah serta rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 12 orang dan teks yang berkata 'd OML BALAI POLIS BANDAR SULTAN SULEIMAN 03 3176 7622'

Mungkin imej 7 orang, dais dan teks yang berkata 'jlis OLI rPO 1 O யลல MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PERUMAHAN POLIS BANDAR SULTAN SULEIMAN IPD KLANG UTARA

Mungkin imej 4 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang dan teks yang berkata 'WA RAZARUDIN'


ArtikelDiterbitkan 04 Mar 2024 12.05 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM